
Assalamualaikum, salam sejahtera,
bertemu kembali,
Saya menulis artikel ini bukanlah sebagai pro barisan ataupun pro pakatan. Cara saya senang, siapa salah dia salah kena hukum, siapa betul dia benar Inyaallah kejayaan untuknya.
Apa yang saya paparkan gambar di atas memang cukup memalukan, mana adatnya, mana maruahnya, mana tatasusilanya. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang? keadaan politik kita semakin kritikal dan orang kita semakin obses sehingga mengetepikan adat melayu beraja iaitu Raja sebagai KETUA NEGERI, AGAMA dan BANGSA.
Saya tidak menuduh mana-mana pihak tetapi kita orang melayu majoritinya mestilah bersikap rasional dalam melakukan apa-apa tindakkan. Tunjukkan kita sebagai Orang melayu yang berwawasan mempunyai paradikma yang tinggi, yang mampu menepis segala tindakkan anasir luar. Barulah kita tidak di pijak orang lain.
Bila kita membuat semua ini, satu dunia tahu, malah bangsa Cina India di malaysia sendiri terkejut dengan tindakkan kita. Ini bukan budaya kita membuat protes jalanan, depan kerabat Di Raja... Aduuuhhhh malunya kalau orang Cina India tengok... Kalau orang melayu tidak lagi menghormati Rajanya, siapa lagi? Orang cina India? Kalau mereka boleh menghormati Raja kita, bagaimana kita? Ini tidak, sampaikan bangsa lain mahu membawa kes seperti ini ke mahkamah melibat Raja. Siapa kamu yang, kita ada Majlis Raja-Raja, Mahkamah DiRaja.
Fikir-fikirkanlah wahai orang barisan orang pakatan. Politik, adat, bangsa, agama jangan di porak perandakan
February 07, 2009
Mana Adat kita Sebagai Bangsa Melayu
Labels: Petikan Akhbar
Author : hariaie 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




















