Hai, assalamualaikum,
salam sejahtera,
Perbualan yang sedang hangat diperkatakan, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.
Ramai mereka diluar sana yang mempertikaikan penggunaan bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik. Malah ramai juga yang menyokong kerajaan ini. Kita ambil dari pandangan luas yang positif, bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang bukan patut tetapi mesti kita kita kuasai kalau tidak sedikit.
Pendapat dan pandangan saya,
PPSMI perlu diteruskan untuk mereka lebih mamahami sekaligus mendalami bahasa ini, ia akan membantu mereka apabila memasuki peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Malah pekerjaan sekarang pun memerlukan mereka mahir dalam penggunaan bahasa asing ini bagi merebut tempat dengan pelbagai bangsa.
PPSMI tidak menggangu sistem penyampaian asal iaitu bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan sekolah. Oleh itu tidak wajar dikatakan kita tidak memartabatkan bahasa ibunda kita.
Peperiksaan dwibahasa perlu di praktikkan sementara bagi membantu perlajar, tetapi pembelajaran tetap dalam bahasa inggeris.
Kerajaan perlu mengubah sistem pendidikan sesuai dengan peredaran zaman, seperti penggunaan format CGPA yang dipraktikkan di universiti. Purata diambil daripada ujian bulanan, pertengahan, percubaan kertas kerja, dan mungkin rekod disiplin.
Bagaimana pandangan dan pendapat anda ?
A - WAJAR ATAU B - TIDAK WAJAR
TAIP BSTARZ<>BS<>BELAJAR<>PPSMI<>JAWAPAN ANDA
DAN HANTARKAN SMS KE
32300
Tahukah anda, segala pendapat, cadangan PPSMI terletak ditangan anda untuk generasi akan datang. UNDI ANDA ANTARA PENENTU PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Segala pandangan, cadangan anda boleh terus diajukan kepada saya melalui emel hariaie@blogstarz.my atau hariaie@hotmail.com atau terus ke ruangan saya di hariaie.blogstarz.my atau hariaie.co.cc























